Pembelajaran Kosa Kata Menggunakan Kaedah Marzano

img_2759

Setelah mengajar selama hampir 10 tahun, salah satu kelemahan para pelajar ialah kosa kata mereka yang terhad. Disebabkan itu, mereka tidak dapat menggunakan kosa kata-kosa kata yang menarik dalam karangan mereka ataupun mereka telah menggunakan kosa kata yang salah untuk menjelaskan idea mereka.

Tahun ini, saya mencuba kaedah Marzano, iaitu pembelajaran kosa kata menggunakan Marzano’s 6 steps process vocabulary, di mana saya akan memperkenalkan beberapa kosa kata baharu kepada pelajar. Kemudian, saya menjelaskan makna bagi kosa kata-kosa kata tersebut dan memberikan contoh-contoh ayat cara kosa kata itu digunakan. Tugasan pelajar di rumah ialah untuk menerangkan makna kosa kata yang baru dipelajari dengan menggunakan perkataan sendiri. Mereka juga harus melukis untuk menerangkan makna kosa kata tersebut serta membina ayat. Di bawah merupakan contoh-contoh tugasan pelajar 2NA.

img_2761img_2762

Saya juga telah menugaskan 4 pelajar untuk berkongsi kosa kata baharu pada setiap hari Selasa. Diharapkan dengan cara ini, para pelajar dapat meluaskan kosa kata mereka dan dapat menggunakan kosa kata yang telah dipelajari dalam karangan mereka.

Membuat Sajak (Kelas 2 NA 2017)

Dalam unit 1 buku teks Jauhari 2A (NA), topiknya fokus tentang karyawan muda serta pengenalan tentang pelbagai jenis kesusasteraan Melayu seperti novel, cerpen dan sajak. Sebagai seorang pendidik, saya merasakan penting untuk saya memperkenalkan beberapa karyawan Singapura yang patut mereka kenali. Antara karyawan-karyawan yang saya perkenalkan kepada pelajar saya ialah Allahyarham Muhammad Ariff Ahmad, Allahyarham Masuri S.N, Allahyarham Zubir Said dan Alfian Saat.

Saya juga memperkenalkan sajak Allahyarham Masuri S.N “Ini Nasi Yang Kusuap” kepada para pelajar dan melakukan perbincangan tentang tema, bentuk, nada serta gaya bahasa yang digunakan dalam sajak ini.

Setelah mengajar para pelajar saya tentang cara-cara membuat sajak, mereka mula menghasilkan sajak secara berkumpulan berpandukan sajak contoh “Ini Nasi Yang Kusuap”. Mereka juga berpeluang untuk mendeklamasikan sajak mereka di hadapan rakan-rakan mereka.

Berikut merupakan sajak daripada kumpulan Al Afza, Kabir dan Nurjannah dari kelas 2Empathy di mana mereka menghasilkan sebuah sajak tentang Donald Trump. Sajak mereka juga merupakan sajak yang disukai oleh rakan-rakan sedarjah mereka serta mendapat markah yang paling tinggi ketika dinilai oleh kumpulan-kumpulan lain. Syabas!

Donald Trump

Kami tidak suka kepadamu

Kau telah menang pilihan raya presiden dengan menipu

Kau seorang yang bersikap perkauman

Perbuatanmu sungguh tidak sopan

 

Kau akan gagal menjaga negaramu

Kami menyesal dengan pilihan ramai

Kami harap kau akan gagal

Jangan andaikan yang kau sangat hebat

 

Kami tidak akan hilang semangat

Kau tidak akan kekal selama-lamanya

Kami tahu kau akan kalah

nbc-fires-donald-trump-after-he-calls-mexicans-rapists-and-drug-runners.jpg

Kosakata

karyawan – orang yg banyak menghasilkan karya

kesusasteraan – seni yg meng­gambarkan keindahan dgn bahasa

mendeklamasikan – membacakan (me­nyam­­­­­­­­paikan) sajak dll utk didengari

Dulu Gagal ‘O’ Kini Dalam Senarai Dekan NYP

bh_20170111_pg_1_2683731

Nur Eliza. Seorang pelajar yang pernah saya ajar dahulu. Orangnya ceria dan selalu suka tersenyum. Tidak ada masalah disiplin dan selalu menghantar tugasan tepat pada masanya. Hanya, mungkin nasib tidak menyebelahinya ataupun dia tidak membuat persiapan yang secukupnya, maka dia terpaksa menghadapi dua kegagalan ketika dia masih menuntut di Sekolah Menengah Northbrooks.

Namun, kegagalan tersebut tidak mematahkan semangatnya. Dialah contoh terbaik untuk menerangkan peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang.  Kegagalan semasa peperiksaan peringkat ‘O’ tidak menghalangnya untuk membuat yang terbaik buat dirinya. Perjalanannya untuk ke politeknik lebih panjang berbanding dengan rakan-rakan sebayanya yang lain tetapi itu tidak menjadi satu hambatan untuk dirinya untuk mengejar kejayaan

Sebagai seorang guru, saya berasa sangat bangga dengan pencapainya. Saya masih ingat lagi kali pertama dia menjadi pengacara bagi satu program di sekolah iaitu pertandingan Anugerah Suara Emas. Tidak hairanlah sekiranya dia meneruskan pengajiannya dalam bidang Pengurusan Media Massa atau lebih dikenali sebagai Mass Communication. Semoga Eliza dapat menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar saya yang merasakan diri mereka tidak mampu meraih kejayaan dalam pelajaran mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Eliza, berikut merupakan makalah tentang kejayaan Nur Eliza di Berita Harian:

GAGAL sekali tidak bererti gagal selamanya.

Walaupun Cik Nur Eliza Mohd Rani pernah gagal dalam peperiksaan GCE peringkat ‘O’, beliau bangkit dan terus berjuang dalam pelajarannya. Kini, pada usia 22 tahun, Cik Nur Eliza sedang menuntut di Politeknik Nanyang (NYP) di tahun kedua, mengejar diplomanya dalam jurusan Pengurusan Media Massa. Lebih membanggakan, beliau meraih Senarai Dekan tiga kali berturut-turut – dua sewaktu tahun pertama dan satu di tahun kedua.

Pada semester pertama, Cik Nur Eliza meraih Gred Purata Mata (GPA) setinggi 3.7. Mendapat Senarai Dekan bukan mudah. Hanya 10 peratus daripada kohort jurusan boleh meraihnya.

Dalam wawancara menerusi e-mel, Cik Nur Eliza berkata beliau terpaksa memasuki Institut Pendidikan Teknikal (ITE) setelah gagal peperiksaan GCE ‘O’.

Namun, berkat usaha gigihnya, beliau berjaya meraih agregat 3.0 dan 3.2 ketika mengambil sijil Higher Nitec dalam jurusan Operasi Kegiatan Lapang dan Pelancongan di ITE Kolej Barat di tahun pertama dan kedua sebelum melanjutkan pelajaran ke politeknik.

Pencapaian itu membanggakannya terutama kerana beliau terpaksa mengulangi peperiksaan GCE ‘N’ sebelum layak menduduki peperiksaan GCE ‘O’.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Northbrooks itu berkata beliau gagal dalam tiga mata pelajaran dengan gred D7, dan meraih agregat 33 bagi L1R5 untuk peperiksaan GCE ‘O’ itu pada 2012.

“Keluarga saya kecewa apabila mendapat tahu keputusan peperiksaan saya.Walaupun saya rasa patah semangat, saya tetap teruskan kehidupan. Bagi saya, ia hanya satu hari yang buruk; tidak semestinya semua yang berlaku akan menjadi teruk,” tambah anak bongsu daripada empat adik-beradik itu.

Ibu bapanya, Cik Norlailah Kadola dan Encik Mohd Rani Tumin, masing-masing kerani di Hospital Besar Singapura (SGH) dan pemandu teksi, merupakan tunggak kekuatannya.

“Siapa saya hari ini dan pada masa akan datang semuanya disebabkan sokongan dan kasih sayang ibu bapa saya,” kata Cik Nur Eliza.

“Pendidikan merupakan pelajaran sepanjang hayat. Sesiapa sahaja boleh berjaya jika berusaha dalam apa yang dilakukan. Jangan pernah berfikir bahawa gagal bererti satu pengakhiran dalam hidup. Sentiasa berfikiran positif!” tambahnya.

Kosa Kata

genggam bara api biar sampai jadi arang

Maksud: apabila melakukan atau memulakan sesuatu kerja atau tugas yang sukar hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya. 

suri teladan

Maksud: contoh yg baik (yg patut ditiru)

makalah

Maksud: rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yg disiarkan dlm majalah, surat khabar

hambatan

Maksud: rintangan, halangan, sekatan

Tugasan Rumah: Sokongan Ibu Bapa Amat Diperlukan

25482187545e_2x

Tujuan Tugasan Rumah

Tugasan rumah mengukuhkan pembelajaran anak anda, membantu serta memupuk tabiat pembelajaran yang baik, dan memberitahu guru tentang kemajuannya supaya maklum balas yang tepat pada masanya serta sokongan boleh diberikan.

Keberkesanan kerja rumah boleh membantu anak anda untuk:

  • mendalamkan pemahamannya tentang pelajaran yang diajar;
  • membolehkannya untuk kerap berlatih, dan menggunakan kemahiran dan konsep yang dipelajari dalam kelas; dan
  • menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri y

Kerja rumah juga boleh memberitahu kepada ibu bapa :

  • maklumat yang tepat mengenai kemajuan pembelajaran anak anda; dan
  • peluang untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran anak anda

Menyokong Anak Anda

Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu anak anda untuk memahami / tanggungjawab terhadap kerja rumah. Dia harus:

  • memahami tujuan kerja rumah dan apa yang diharapkan daripadanya;
  • tahu tarikh penghantaran kerja rumah dan jumlah kerja rumah yang telah diberikan;
  • menguruskan masa dengan baik untuk memastikan kerja rumah telah siap dan dihantar pada masa
  • memberikan yang terbaik ketika menyiapkan kerja rumah yang bermutu; dan
  • melihat maklum balas daripada guru-guru tentang kerja rumah

Jumlah optimum Kerja Rumah

Kajian menunjukkan bahawa masa yang dihabiskan di kerja rumah harus responsif terhadap umur dan perkembangan pelajar. Kepercayaan bahawa ‘lebih banyak kerja rumah, lebih baik’ dan ‘soalan yang lebih sukar, lebih baik’ bukanlah pendekatan yang baik. Malah, memberikan terlalu banyak kerja rumah atau kerja rumah yang terlalu sukar  boleh menjejaskan sikap dan motivasi anak anda ke arah pembelajaran dan menafikanna masa dan peluang untuk pembangunan yang lebih holistik. Maka itu, terlalu banyak masa digunakan untuk kerja rumah biasanya boleh membawa kesan buruk.

Oleh itu, ini tidak memberi manfaat untuk anak anda  menyelesaikan lembaran kerja tambahan dan kertas penilaian tambahan melampaui apa yang telah diberikan oleh pihak sekolah (seperti contoh dari tuisyen, dan buku latihan). Para pelajar memerlukan kehidupan yang seimbang dengan masa digunakan untuk ikatan keluarga, aktiviti sosial, hobi dan berehat demi perkembangan holistik mereka. Mereka memerlukan masa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lain yang memupuk kemahiran hidup yang penting.

diterjemahkan dari lelaman “https://www.schoolbag.sg/story/support-your-child-in-his-or-her-homework”

Peranan Ibu Bapa Memupuk Motivasi Dalam Diri Pelajar

15941214_10154387871883160_3379828781217069296_n

Saya percaya bahawa ibu bapa merupakan teras kejayaan pelajar. Hati saya tersentuh membaca kata-kata yang ditulis oleh ibu bapa pelajar-pelajar saya. Terbuktilah bahawa ibu bapa pelajar-pelajar saya sangat prihatin terhadap perkembangan mereka. Sememangnya, setiap ibu bapa hanya mahu melihat anak-anak  mereka berjaya dalam pelajaran mereka sehingga ke menara gading. Dengan harapan ibu bapa serta amanah yang telah diberikan kepada saya, saya berdoa agar dianugerahkan tenaga, kelapangan dada serta kesabaran dalam mendidik pelajar-pelajar saya untuk menjadi penutur bahasa Melayu yang berkeyakinan tinggi serta mencintai bahasa ibunda. Insya Allah.

Kosa Kata

teras – sesuatu yg menjadi asas atau dasar

menara gading – pusat pengajian tinggi (spt universiti)

Selamat Datang Ke Kelas Cikgu Jariah

Selamat Datang Ke Kelas Cikgu Jariah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah lama saya tidak menulis blog. Kali ini pula dengan niat untuk mempunyai blog khas dalam bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar saya. Diharapkan dengan izin Tuhan dan doa para pelajar serta keluarga saya, saya mempunyai tenaga dan masa untuk mengemaskini blog selalu.

Setiap impian seorang guru Bahasa Melayu ialah untuk melihat para pelajarnya (terutama sekali generasi hari ini) untuk fasih berbahasa Melayu, walaupun bahasa Melayu bukanlah merupakan pilihan bahasa utama dalam komunikasi seharian mereka. Apatah lagi kita sebagai orang Melayu, berasa agak segan apabila kita melihat bangsa-bangsa lain berkejar-kejar untuk mempelajari bahasa ibunda kita.

Salah satu tujuan saya mengadakan blog ini ialah untuk berkongsi dengan semua kebolehan para pelajar saya dan perjuangan mereka untuk menghargai bahasa ibunda mereka melalui tulisan mereka, persembahan mereka, projek mereka dan juga lukisan mereka. Semoga niat murni saya disokongi oleh para pelajar dan juga ibu bapa mereka.

Sebagai permulaan untuk memupuk rasa cinta terhadap bahasa Melayu di kalangan para pelajar saya, mari saya perkenalkan Mat Dan, seorang warga England, yang fasih dalam bahasa Melayu (dengan telo Terengganu). Saya kagum dengan kebolehan Mat Dan untuk fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Semoga video ini dapat memberi motivasi serta inspirasi kepada para pelajar saya untuk menjadi seorang pelajar yang fasih berdwibahasa.

Video Tentang Mat Dan

Selamat Datang Ke Blog Cikgu Jariah

Selamat Datang Ke Blog Cikgu Jariah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah lama saya tidak menulis blog. Kali ini pula dengan niat untuk mempunyai blog khas dalam bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar saya. Diharapkan dengan izin Tuhan dan doa para pelajar serta keluarga saya, saya mempunyai tenaga dan masa untuk mengemaskini blog selalu.

Setiap impian seorang guru Bahasa Melayu ialah untuk melihat para pelajarnya (terutama sekali generasi hari ini) untuk fasih berbahasa Melayu, walaupun bahasa Melayu bukanlah merupakan pilihan bahasa utama dalam komunikasi seharian mereka. Apatah lagi kita sebagai orang Melayu, berasa agak segan apabila kita melihat bangsa-bangsa lain berkejar-kejar untuk mempelajari bahasa ibunda kita.

Salah satu tujuan saya mengadakan blog ini ialah untuk berkongsi dengan semua kebolehan para pelajar saya dan perjuangan mereka untuk menghargai bahasa ibunda mereka melalui tulisan mereka, persembahan mereka, projek mereka dan juga lukisan mereka. Semoga niat murni saya disokongi oleh para pelajar dan juga ibu bapa mereka.

Sebagai permulaan untuk memupuk rasa cinta terhadap bahasa Melayu di kalangan para pelajar saya, mari saya perkenalkan Mat Dan, seorang warga England, yang fasih dalam bahasa Melayu (dengan telo Terengganu). Saya kagum dengan kebolehan Mat Dan untuk fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Semoga video ini dapat memberi motivasi serta inspirasi kepada para pelajar saya untuk menjadi seorang pelajar yang fasih berdwibahasa.

Video Tentang Mat Dan