Salasilah Keluarga

Semasa mengajar tentang tema Sayangi Keluarga dalam unit 3 aliran Normal Teknikal, saya terfikir apakah perkara baharu yang ingin saya perkenalkan kepada pelajar-pelajar saya. Tahun lalu, mereka sudah pun diajar istilah-istilah nama panggilan dalam keluarga seperti besan, mertua dan ipar.

Tergerak hati saya untuk mengajar tentang salasilah keluarga. Pada awalnya, saya berasa sangsi akan keupayaan dan tahap motivasi yang ada pada pelajar saya. Maklumlah, sedangkan saya sendiri pun berasa payah untuk mendapatkan informasi tentang salasilah keluarga saya sendiri. Namun, apa yang mendorong saya untuk meneruskan aktiviti ialah, sekurang-kurangnya, pelajar saya akan berusaha dan mempelajari perkara baharu seperti istilah moyang, buyut dan mengenal pasti susur galur keluarganya.

Saya pun menghasilkan lembaran kerja seperti berikut:

salasilah keluarga

Saya pasti pelajar-pelajar saya memerlukan masa untuk menyelesaikan tugasan ini, maka ini diberikan sebagai tugasan semasa cuti sekolah.

Hasilnya? MENAKJUBKAN.

Saya begitu teruja sekali apabila salah seorang pelajar saya, Maulvi, memberitahu saya bahawa dia bersungguh-sungguh melakukan tugasan ini dengan menelefon semua saudara-maranya. Nampaknya, tugasan seperti ini ada kebaikannya, di mana pelajar saya berkomunikasi dengan ahli keluarga dan saudara-maranya dan saya pasti ini dapat merapatkan keakraban di kalangan mereka.

20170321_120950
Saya terkesima melihat susur galur keluarga Maulvi! Ternyata Maulvi layak mendapat gred A untuk tugasan ini. 
IMG_20170321_144824_167
Lihat wajah Maulvi yang kelihatan gembira untuk berkongsi hasil usahanya

Bukan itu sahaja, melalui aktiviti ini, saya pun mendapat tahu bahawa pelajar saya, Wahidah, merupakan cucu kepada seorang penulis mapan di Singapura, Encik Djamal Tukimin!

20170321_121434
Wahidah juga turut sertakan informasi asal-usul ahli keluarganya yang berasal dari  Jawa, Sarawak, Bugis dan India

Melalui aktiviti ini juga, para pelajar saya akan melihat sendiri keunikan nama-nama nenek, datuk serta moyang mereka. Ternyata, pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan dan membuka minda pelajar-pelajar saya. Perkara paling penting saya pelajari hari ini ialah JANGAN memandang rendah (underestimate) terhadap keupayaan pelajar saya.

Kosa Kata

Salasilah – daftar keturunan keluarga

Sangsi – berasa bimbang atau berasa ragu-ragu

Susur Galur – susunan keturunan; salasilah

Menakjubkan – meng­a­gumkan

Keakraban – perhubungan atau pertalian yg sangat erat

Terkesima – tercengang

Mapan – sudah dikenali ramai

Pembelajaran Kosa Kata Menggunakan Lelaman Memrise & Penilaian Melalui Socrative

 

img_2822

Salah satu alat ICT yang saya suka gunakan dalam kelas, terutama sekali dalam pengajaran kosa kata baharu, ialah Memrise. Saya menjumpai lelaman ini dengan secara tidak sengaja apabila sedang membuat kajian cara untuk mengajar kosa kata dengan efektif. Lelaman Memrise utama akan kelihatan seperti ini:memrise

Apa yang perlu dilakukan oleh guru ialah untuk memuatnaikkan senarai kosa kata yang ingin diajar kepada para pelajar. Lelaman ini juga akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk memastikan pelajar mendapat latihan yang secukupnya sebelum diizinkan mempelajari kosa kata – kosa kata yang lain.

img_2832
antara latihan yang disediakan dalam Memrise
IMG_2824.JPG
latihan berbentuk MCQ (pilihan) juga turut disediakan

Alat ICT ini sesuai digunakan sebagai pengukuhan setelah selesai mempelajari kosa kata. Lelaman ini juga menggalakkan pembelajaran kendiri (self-directed learning) di mana pelajar akan menerima maklum balas sekiranya jawapan yang diberikan salah. Setiap jawapan yang salah, pelajar dikehendaki untuk mempelajari kosa kata yang sama sehinggalah dia mendapat jawapan yang tepat.

Setelah pelajar membuat ulang kaji menggunakan lelaman ini, saya menggunakan Socrative untuk mengadakan penilaian untuk memastikan sama ada mereka memahami kosa kata yang telah mereka pelajari.

socrative
lelaman utama Socrative selepas daftar masuk

Saya menggunakan Perlumbaan Angkasa “Space Race”  untuk membuat penilaian lebih menarik lagi.

20170217_113937
perlumbaan di antara kumpulan.

Ciri paling menarik tentang Socrative ini ialah bagi setiap kuiz yang dijalankan secara langsung, guru dapat melihat keputusan pelajar dengan segera. Tambahan pula, laporan juga disediakan dan boleh dimuatturunkan untuk para guru mengenal pasti kelemahan para pelajar.

Alat-alat ICT seperti ini akan membantu para guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menanam minat dalam diri pelajar untuk memperbaik penguasaan bahasa Melayu mereka.

img_2820
pelajar kelihatan fokus membuat ulang kaji kosa kata. 

Pembelajaran Kosa Kata Menggunakan Kaedah Marzano

img_2759

Setelah mengajar selama hampir 10 tahun, salah satu kelemahan para pelajar ialah kosa kata mereka yang terhad. Disebabkan itu, mereka tidak dapat menggunakan kosa kata-kosa kata yang menarik dalam karangan mereka ataupun mereka telah menggunakan kosa kata yang salah untuk menjelaskan idea mereka.

Tahun ini, saya mencuba kaedah Marzano, iaitu pembelajaran kosa kata menggunakan Marzano’s 6 steps process vocabulary, di mana saya akan memperkenalkan beberapa kosa kata baharu kepada pelajar. Kemudian, saya menjelaskan makna bagi kosa kata-kosa kata tersebut dan memberikan contoh-contoh ayat cara kosa kata itu digunakan. Tugasan pelajar di rumah ialah untuk menerangkan makna kosa kata yang baru dipelajari dengan menggunakan perkataan sendiri. Mereka juga harus melukis untuk menerangkan makna kosa kata tersebut serta membina ayat. Di bawah merupakan contoh-contoh tugasan pelajar 2NA.

img_2761img_2762

Saya juga telah menugaskan 4 pelajar untuk berkongsi kosa kata baharu pada setiap hari Selasa. Diharapkan dengan cara ini, para pelajar dapat meluaskan kosa kata mereka dan dapat menggunakan kosa kata yang telah dipelajari dalam karangan mereka.