Buku Kecil Renungan (Reflection Booklet)

Buku Kecil Renungan (Reflection Booklet)

Salah satu cabaran seorang guru di sekolah ialah pelajar-pelajar yang tidak menghantar tugasan tepat pada masanya atau tidak membawa buku-buku yang diperlukan dalam kelas. Kebanyakan guru akan sekadar menasihatinya jika perkara itu berlaku untuk sekali atau dua atau memarahi dan mendenda pelajar tersebut sekiranya perkara itu berlaku dengan kerap.

Sebagai seorang pendidik di sekolah menengah kawasan Yishun, ini merupakan satu cabaran yang sering berlaku dalam kelas saya dan saya cuba memikirkan apakah cara terbaik untuk memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar.

Maka lahirlah Buku Kecil Renungan atau dipanggil sebagai Reflection Booklet. Ini merupakan inisiatif baharu saya pada tahun ini yang saya gunakan untuk pelajar menengah satu saya. Pada tahun-tahun sebelumnya, saya menggunakan borang saiz a4 namun cara ini menimbulkan beberapa hal administrasi sehingga sukar untuk saya memantau pelajar saya dengan baik.

Buku Kecil Renungan
Setelah beberapa tahun mencuba kaedah ini, maka terlahirlah buku refleksi ini. Buku ini digunakan pelajar untuk membuat renungan sebab mereka tidak membuat tugasan mereka.
Akibat jika tidak membuat tugasan
Saya juga menyenaraikan akibat-akibat yang pelajar akan terima sekiranya mereka tidak membuat tugasan dan sebagainya.

Dengan adanya buku kecil renungan ini, mudah untuk saya memantau dan mengenal pasti pelajar manakah yang sentiasa tidak membuat tugasan rumah ataupun tidak membawa buku-buku ke kelas.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Pada awalnya, saya berasa gelisah tatkala melakukan buku renungan ini, apatah lagi dengan peraturan-peraturan seperti itu, takut-takut ada ibu bapa yang tidak setuju dengan cara saya mendidik pelajar-pelajar saya, Ternyata, sangkaan saya meleset. Kesemua ibu bapa menandatangani buku kecil renungan itu sebagai tanda persetujuan terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya turut berasa gembira melihat ibu bapa meninggalkan nota dalam buku renungan.

Antara satu masalah yang mungkin akan timbul ialah apabila pelajar tidak menunjukkan buku kecil renungan ini kepada ibu bapa mereka. Inilah antara sebabnya saya mulakan inisiatif ini dengan pelajar menenengah satu.

Saya mengharapkan tiada pelajar yang tidak membawa buku atau tidak membuat tugasan buat kali ketiga! 🙂

 

Advertisements

Kepentingan Sokongan Ibu Bapa

Kepentingan Sokongan Ibu Bapa

Researchers have evidence for the positive effects of parent involvement on children, families, and school when schools and parents continuously support and encourage the children’s learning and development (Eccles & Harold, 1993; Illinois State Board of Education, 1993). According to Henderson and Berla (1994), “the most accurate predictor of a student’s achievement in school is not income or social status but the extent to which that student’s family is able to:

  1. Create a home environment that encourages learning
  2. Express high (but not unrealistic) expectations for their children’s achievement and future careers
  3. Become involved in their children’s education at school and in the community 

(dipetik dari lelaman: https://www.education.com/reference/article/benefits-parent-involvement-research/)

Kejayaan seseorang pelajar bukan sahaja terletak pada usaha gigihnya sahaja. Sokongan ibu bapa juga memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.

 

Pada tahun ini, lembaran “Matlamat & Sasaran 2018” yang telah saya sediakan untuk para pelajar saya, saya selitkan satu bahagian di mana ibu bapa dikehendaki untuk menulis kata-kata perangsang. Dengan cara ini, bu bapa dapat menunjukkan sekaligus membuktikan kepada anak-anak mereka bahawa mereka sentiasa akan memberi motivasi dan sokongan dalam perjalanan pendidikan anak-anak mereka.

Sebagai seorang pendidik, pastinya saya berasa bangga membaca kata-kata perangsang yang telah ditulis oleh ibu bapa pelajar-pelajar saya.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Sekiranya ada masanya pelajar-pelajar saya hilang semangat untuk belajar atau berputus asa atas kegagalan yang diterima, diharapkan kata-kata perangsang ini dapat meniupkan semangat dalam diri mereka agar terus cekal dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan. Bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Tugasan Rumah: Sokongan Ibu Bapa Amat Diperlukan

25482187545e_2x

Tujuan Tugasan Rumah

Tugasan rumah mengukuhkan pembelajaran anak anda, membantu serta memupuk tabiat pembelajaran yang baik, dan memberitahu guru tentang kemajuannya supaya maklum balas yang tepat pada masanya serta sokongan boleh diberikan.

Keberkesanan kerja rumah boleh membantu anak anda untuk:

  • mendalamkan pemahamannya tentang pelajaran yang diajar;
  • membolehkannya untuk kerap berlatih, dan menggunakan kemahiran dan konsep yang dipelajari dalam kelas; dan
  • menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri y

Kerja rumah juga boleh memberitahu kepada ibu bapa :

  • maklumat yang tepat mengenai kemajuan pembelajaran anak anda; dan
  • peluang untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran anak anda

Menyokong Anak Anda

Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu anak anda untuk memahami / tanggungjawab terhadap kerja rumah. Dia harus:

  • memahami tujuan kerja rumah dan apa yang diharapkan daripadanya;
  • tahu tarikh penghantaran kerja rumah dan jumlah kerja rumah yang telah diberikan;
  • menguruskan masa dengan baik untuk memastikan kerja rumah telah siap dan dihantar pada masa
  • memberikan yang terbaik ketika menyiapkan kerja rumah yang bermutu; dan
  • melihat maklum balas daripada guru-guru tentang kerja rumah

Jumlah optimum Kerja Rumah

Kajian menunjukkan bahawa masa yang dihabiskan di kerja rumah harus responsif terhadap umur dan perkembangan pelajar. Kepercayaan bahawa ‘lebih banyak kerja rumah, lebih baik’ dan ‘soalan yang lebih sukar, lebih baik’ bukanlah pendekatan yang baik. Malah, memberikan terlalu banyak kerja rumah atau kerja rumah yang terlalu sukar  boleh menjejaskan sikap dan motivasi anak anda ke arah pembelajaran dan menafikanna masa dan peluang untuk pembangunan yang lebih holistik. Maka itu, terlalu banyak masa digunakan untuk kerja rumah biasanya boleh membawa kesan buruk.

Oleh itu, ini tidak memberi manfaat untuk anak anda  menyelesaikan lembaran kerja tambahan dan kertas penilaian tambahan melampaui apa yang telah diberikan oleh pihak sekolah (seperti contoh dari tuisyen, dan buku latihan). Para pelajar memerlukan kehidupan yang seimbang dengan masa digunakan untuk ikatan keluarga, aktiviti sosial, hobi dan berehat demi perkembangan holistik mereka. Mereka memerlukan masa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lain yang memupuk kemahiran hidup yang penting.

diterjemahkan dari lelaman “https://www.schoolbag.sg/story/support-your-child-in-his-or-her-homework”

Peranan Ibu Bapa Memupuk Motivasi Dalam Diri Pelajar

15941214_10154387871883160_3379828781217069296_n

Saya percaya bahawa ibu bapa merupakan teras kejayaan pelajar. Hati saya tersentuh membaca kata-kata yang ditulis oleh ibu bapa pelajar-pelajar saya. Terbuktilah bahawa ibu bapa pelajar-pelajar saya sangat prihatin terhadap perkembangan mereka. Sememangnya, setiap ibu bapa hanya mahu melihat anak-anak  mereka berjaya dalam pelajaran mereka sehingga ke menara gading. Dengan harapan ibu bapa serta amanah yang telah diberikan kepada saya, saya berdoa agar dianugerahkan tenaga, kelapangan dada serta kesabaran dalam mendidik pelajar-pelajar saya untuk menjadi penutur bahasa Melayu yang berkeyakinan tinggi serta mencintai bahasa ibunda. Insya Allah.

Kosa Kata

teras – sesuatu yg menjadi asas atau dasar

menara gading – pusat pengajian tinggi (spt universiti)