Kepentingan Sokongan Ibu Bapa

Kepentingan Sokongan Ibu Bapa

Researchers have evidence for the positive effects of parent involvement on children, families, and school when schools and parents continuously support and encourage the children’s learning and development (Eccles & Harold, 1993; Illinois State Board of Education, 1993). According to Henderson and Berla (1994), “the most accurate predictor of a student’s achievement in school is not income or social status but the extent to which that student’s family is able to:

  1. Create a home environment that encourages learning
  2. Express high (but not unrealistic) expectations for their children’s achievement and future careers
  3. Become involved in their children’s education at school and in the community 

(dipetik dari lelaman: https://www.education.com/reference/article/benefits-parent-involvement-research/)

Kejayaan seseorang pelajar bukan sahaja terletak pada usaha gigihnya sahaja. Sokongan ibu bapa juga memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.

 

Pada tahun ini, lembaran “Matlamat & Sasaran 2018” yang telah saya sediakan untuk para pelajar saya, saya selitkan satu bahagian di mana ibu bapa dikehendaki untuk menulis kata-kata perangsang. Dengan cara ini, bu bapa dapat menunjukkan sekaligus membuktikan kepada anak-anak mereka bahawa mereka sentiasa akan memberi motivasi dan sokongan dalam perjalanan pendidikan anak-anak mereka.

Sebagai seorang pendidik, pastinya saya berasa bangga membaca kata-kata perangsang yang telah ditulis oleh ibu bapa pelajar-pelajar saya.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Sekiranya ada masanya pelajar-pelajar saya hilang semangat untuk belajar atau berputus asa atas kegagalan yang diterima, diharapkan kata-kata perangsang ini dapat meniupkan semangat dalam diri mereka agar terus cekal dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan. Bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Advertisements

Dulu Gagal ‘O’ Kini Dalam Senarai Dekan NYP

bh_20170111_pg_1_2683731

Nur Eliza. Seorang pelajar yang pernah saya ajar dahulu. Orangnya ceria dan selalu suka tersenyum. Tidak ada masalah disiplin dan selalu menghantar tugasan tepat pada masanya. Hanya, mungkin nasib tidak menyebelahinya ataupun dia tidak membuat persiapan yang secukupnya, maka dia terpaksa menghadapi dua kegagalan ketika dia masih menuntut di Sekolah Menengah Northbrooks.

Namun, kegagalan tersebut tidak mematahkan semangatnya. Dialah contoh terbaik untuk menerangkan peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang.  Kegagalan semasa peperiksaan peringkat ‘O’ tidak menghalangnya untuk membuat yang terbaik buat dirinya. Perjalanannya untuk ke politeknik lebih panjang berbanding dengan rakan-rakan sebayanya yang lain tetapi itu tidak menjadi satu hambatan untuk dirinya untuk mengejar kejayaan

Sebagai seorang guru, saya berasa sangat bangga dengan pencapainya. Saya masih ingat lagi kali pertama dia menjadi pengacara bagi satu program di sekolah iaitu pertandingan Anugerah Suara Emas. Tidak hairanlah sekiranya dia meneruskan pengajiannya dalam bidang Pengurusan Media Massa atau lebih dikenali sebagai Mass Communication. Semoga Eliza dapat menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar saya yang merasakan diri mereka tidak mampu meraih kejayaan dalam pelajaran mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Eliza, berikut merupakan makalah tentang kejayaan Nur Eliza di Berita Harian:

GAGAL sekali tidak bererti gagal selamanya.

Walaupun Cik Nur Eliza Mohd Rani pernah gagal dalam peperiksaan GCE peringkat ‘O’, beliau bangkit dan terus berjuang dalam pelajarannya. Kini, pada usia 22 tahun, Cik Nur Eliza sedang menuntut di Politeknik Nanyang (NYP) di tahun kedua, mengejar diplomanya dalam jurusan Pengurusan Media Massa. Lebih membanggakan, beliau meraih Senarai Dekan tiga kali berturut-turut – dua sewaktu tahun pertama dan satu di tahun kedua.

Pada semester pertama, Cik Nur Eliza meraih Gred Purata Mata (GPA) setinggi 3.7. Mendapat Senarai Dekan bukan mudah. Hanya 10 peratus daripada kohort jurusan boleh meraihnya.

Dalam wawancara menerusi e-mel, Cik Nur Eliza berkata beliau terpaksa memasuki Institut Pendidikan Teknikal (ITE) setelah gagal peperiksaan GCE ‘O’.

Namun, berkat usaha gigihnya, beliau berjaya meraih agregat 3.0 dan 3.2 ketika mengambil sijil Higher Nitec dalam jurusan Operasi Kegiatan Lapang dan Pelancongan di ITE Kolej Barat di tahun pertama dan kedua sebelum melanjutkan pelajaran ke politeknik.

Pencapaian itu membanggakannya terutama kerana beliau terpaksa mengulangi peperiksaan GCE ‘N’ sebelum layak menduduki peperiksaan GCE ‘O’.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Northbrooks itu berkata beliau gagal dalam tiga mata pelajaran dengan gred D7, dan meraih agregat 33 bagi L1R5 untuk peperiksaan GCE ‘O’ itu pada 2012.

“Keluarga saya kecewa apabila mendapat tahu keputusan peperiksaan saya.Walaupun saya rasa patah semangat, saya tetap teruskan kehidupan. Bagi saya, ia hanya satu hari yang buruk; tidak semestinya semua yang berlaku akan menjadi teruk,” tambah anak bongsu daripada empat adik-beradik itu.

Ibu bapanya, Cik Norlailah Kadola dan Encik Mohd Rani Tumin, masing-masing kerani di Hospital Besar Singapura (SGH) dan pemandu teksi, merupakan tunggak kekuatannya.

“Siapa saya hari ini dan pada masa akan datang semuanya disebabkan sokongan dan kasih sayang ibu bapa saya,” kata Cik Nur Eliza.

“Pendidikan merupakan pelajaran sepanjang hayat. Sesiapa sahaja boleh berjaya jika berusaha dalam apa yang dilakukan. Jangan pernah berfikir bahawa gagal bererti satu pengakhiran dalam hidup. Sentiasa berfikiran positif!” tambahnya.

Kosa Kata

genggam bara api biar sampai jadi arang

Maksud: apabila melakukan atau memulakan sesuatu kerja atau tugas yang sukar hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya. 

suri teladan

Maksud: contoh yg baik (yg patut ditiru)

makalah

Maksud: rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yg disiarkan dlm majalah, surat khabar

hambatan

Maksud: rintangan, halangan, sekatan

Peranan Ibu Bapa Memupuk Motivasi Dalam Diri Pelajar

15941214_10154387871883160_3379828781217069296_n

Saya percaya bahawa ibu bapa merupakan teras kejayaan pelajar. Hati saya tersentuh membaca kata-kata yang ditulis oleh ibu bapa pelajar-pelajar saya. Terbuktilah bahawa ibu bapa pelajar-pelajar saya sangat prihatin terhadap perkembangan mereka. Sememangnya, setiap ibu bapa hanya mahu melihat anak-anak  mereka berjaya dalam pelajaran mereka sehingga ke menara gading. Dengan harapan ibu bapa serta amanah yang telah diberikan kepada saya, saya berdoa agar dianugerahkan tenaga, kelapangan dada serta kesabaran dalam mendidik pelajar-pelajar saya untuk menjadi penutur bahasa Melayu yang berkeyakinan tinggi serta mencintai bahasa ibunda. Insya Allah.

Kosa Kata

teras – sesuatu yg menjadi asas atau dasar

menara gading – pusat pengajian tinggi (spt universiti)